KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH MSSD SEMPORNA TAHUN 2016

 

IMG_0578IMG_0844

TARIKH           : 21 JANUARI 2016

HARI                 : KHAMIS

MASA                : 6.30am – 12.00pm

TEMPAT          : SMKA TUN SAKARAN, SEMPORNA, SABAH

 

PENGENALAN

Kejohanan Merentas peringkat PPD semporna merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan  setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan MSSD. Kejohanan ini melibatkan semua murid Sekolah Rendah Tahap 2 iaitu murid tahun 4,5,6 dan semua pelajar Sekolah Menengah. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dan pelajar dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan. Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid/pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid/pelajar dalam acara sukan demi melahirkan murid/pelajar yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. 

MATLAMAT 

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid/pelajar  dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid/pelajar yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan  murid Kejohanan Merentas Desa MSSD Semporna  yang akan datang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid/pelajar secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid/pelajar.
  • Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid/pelajar.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid/pelajar.
  • Guru dapat mengenalpasti murid/pelajar yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  • Murid/pelajar  dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  • Memastikan murid/pelajar  akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  • Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.

 

 

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements
This entry was posted in SUKAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s