SEJARAH SMATS

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tawau yang telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah kawasan serta pentadbiran SMK Bugaya, Semporna, Sabah sehingga tahun 1990.

Pada tahun 1997, Sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Tampi-Tampi yang mempunyai keluasan 30 ekar.

Sempena perpindahan Sekolah ini ke kawasan baru sendiri, PIBG dan pihak sekolah telah memilih nama baru untuk sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, sempena nama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu, Datuk Seri Panglima Tun Haji Sakaran bin Dandai yang sinonim terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islam terutamanya di dalam daerah Semporna. Nama baru sekolah ini telah dirasmikan pada 22 April 2000.

Advertisements