SEPATAH KATA DARI MEJA PENGETUA

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia

 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga terbitnya Blog Smk Agama Tun Sakaran.

Blog/Laman Web merupakan perkara penting dalam sesebuah organisasi. Menyedari hakikat ini maka pihak berwajib PPD/PKG/FT17(Juruteknik Komputer) telah menghasilkan Blog/Laman Web Sekolah buat julung kalinya mulai tahun 2016 atas inisiatif PPD, PKG Semporna dan Pihak Pengurusan Sekolah demi untuk kemajuan bidang ICT.

Kita perlu bekerja dalam satu pasukan, kita perlu dan berani melakukan perubahan, berfikir di luar kotak, bersedia untuk bekerja diluar waktu, berkorban masa dan tenaga demi untuk mencapai matlamat dan kemajuan ICT di Sekolah kita Khasnya.

Dengan adanya Blog/Laman Web Smk Agama Tun Sakaran ini, diharap dapat membantu pihak Sekolah dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat begambar dan lain-lain maklumat.

Semoga ALLAH memberkati usaha kita untuk memajukan ICT di Sekolah .

 

Sekian, terima kasih.

MOHD ISMAIL BIN MOHAMOOD

 

 

Advertisements